Ribuan Hewan Cengkerik Serbu Kota Mekah - Sinar Lampung

Ribuan Hewan Cengkerik Serbu Kota Mekah

Spread the love

Sharing is caring!

Mekah (SL) – Ribuan bahkan jutaan cengkerik ‘menyerang’ kota Mekah dan Masjidil Haram memaksa operasi pembersihan ke seluruh bandar itu dan menyebabkan penduduk bingung dengan fenomena tersebut. Pengguna media sosial berkongsi imej serangga itu yang turut dilihat memenuhi sekolah dan kedai-kedai, malah turut mengganggu mereka yang melakukan ibadah.

Dr Jacky Judas, pengurus dan penasihat saintifik biodiversiti daratan di World Wildlife Fund (WWF) berkata, ini merupakan kali pertama dia menyaksikan fenomena sedemikian. “Ini mungkin disebabkan satu kumpulan besar yang berjaya melepaskan diri dari satu kawasan tertutup, atau mungkin terdapat keadaan tertentu yang menyebabkan ia membiak dengan banyak,” kata Judas.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan memaklumkan mereka sudah melantik satu pasukan pembersihan khas untuk menangani masalah berkenaan. (astroawani)

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *